ads

Thursday, November 11, 2010

Our True Love Story {CST PRODUCTION}

May 2005:

Flashback 1:

Venue: Lecturer Concourse Multimedia University Melaka
Event: Annual General Meeting (Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi)

Watak:-
Fiena: Akak Fasilitator, biro sukan dan rekreasi (Final year Diploma)
Ezwan: Budak baru abes SPM masuk U, junior baru nak join club.

Sinopsis cerita:
Ezwan terkesima bile tetibe pandang 'akak fasi' yang baru dilantik jadi biro sukan dan rekreasi. Dalam hati terus puji "cantek gak akk ni".Fiena tak perasan langsung kehadiran 'budak-baru-lepas-SPM' yg nak join silat tu sebab sebok dok mengushar abg senior kacak yang laen. Ezwan sekali lagi teruja sebab 'akak fasi' tu menjadi fasilitator group die utk program ice breaking yg dirancang nanti. Akak fasi memberi anak2 buah nye number henpon supaya senang dihubungi. Ptg esoknye akk fasi dapat msg dr 'budak-baru-lepas-SPM' berbunyi "kak, nanti ktrg kene bawak makanan ape2 tak tuk ice breaking" Akak fasi dgn sombong jawab "awak boleh bawak pe2 jer yg awak nak". 'Budak-baru-lepas-SPM' tue pikir ,"Giler mesra akk nie panggil aku siap ber'awak2' pulak". Maklumlar budak nie budak sekolah lelaki, bile pompuan ber'awak2' skit ngn die mule lar giler bayang sesorang tue.


Flashback 2:

Venue: Kem Dr Forest, Melaka
Event: Ice Breaking Silat Cekak

Sinopsis cerita:
Sila lihat gambar2. Menurut Akak Fasi ketika ditemu ramah baru2 ini, beliau langsung tak sedar kehadiran 'budak-baru-lepas-SPM' itu.

Akk Fasi ngh wat presentation psl 'budak baru lepas SPM' yg telah dihias sendiri oleh akk Fasi sendiri


Kaki taknak bersentuh lak derang berdua nie


Macam takdir lak duduk depan belakang


Budak Lepas SPM kantoi usha Akk Fasi


Sedangkan budak junior sentiasa memperhatikan Akak Fasi namun Akk Fasi tak pernah sedar kehadiran 'Budak baru lepas SPM' tu.


March 2006

Venue: Plaza Siswa MMU, Melaka (Depan Kantin)
Activity: Bertentang mata namun sebelah mata jer yg memandang

Watak:
Fiena: baru balik kelas sambil jejalan bersama kengkawannya serta 'BOYFRIENDnya ketika itu'
Ezwan: dengan kengkawan, baru lepas makan.

Sinopsis cerita:
Diceritakan kembali oleh Ezwan. Menurut beliau, beliau tak pernah langsung ada hati dengan Akak Fasi itu tapi bila Akak Fasi berjalan di depan matanya, jantung beliau akan berdegup kencang seperti baru lepas lari 20km sejam di kwsn berlumpur, tambahan pulak mase tu Akak Fasi jalan ngn BOFRIEND die, lagi lar si Ezwan nie rasa lain macam. Rasa macam jeles, tp asal die jeles lak kan???


December 2006

Venue: Depan Library, MMU Cyberjaya
Activity: Ezwan- Study group ngn mmber2 (Sbenarnyer lelepak jer)
             Fiena- Tengah berjalan untuk menuntut ilmu bersama rakan baiknya

Sinopsis cerita:
Sudah masuk 4 bulan Ezwan di Cyberjaya. Beliau ditransferkan ke Cyberjaya kerana Majoring Electrical cuma ada di Cyber sahaja. Manakala Fiena transfer ke Cyber lambat satu sem kerana si Akk Fasi nie dari Diploma manakala si Ezwan dr Foundation.

Ezwan terkejut melihat Akak Fasi tiba-tiba hadir di depan matanya setelah berbulan2 tidak berjumpa. Ezwan tersenyum keseorangan sambil berusaha gigih mengigat kembali nama Akak Fasi lalu mencari namanya dalam contact list handphone. Akhirnya tertera "Fiena" di dalam contact list henponnya. Senyum2 bahagia si Ezwan nie lalu terus menghebahkan pada kengkawannya yang Akak Fasi teror bersilat kerana Akk Fasi pernah mendapat pingat perak dalam Pertandingan Silat Peringkat Nasional (ulasan penulis : mengapakah T_T).



April 2007

Venue: Badminton Court, FCM, MMU Cyberjaya
Activity: Kelas Silat

Watak sampingan: kawan yang bertitle Kakak

Sinopsis cerita:
Akak Fasi mula terperasan kehadiran Ezwan di dalam kelas silat setelah beberapa kali melihat ketangkasan 'budak-baru-lepas-SPM' satu ketika dulu sedang menggayakan gerak2 silat yang mampu menggegarkan iman wanita itu yang sedia goyah.

Dialog:

Fiena: Kak, tengok la die buat tu. Tengah melting ni... suke nye tengokk..

Kawan yang bertitle Kakak:  kann, suke tgk die buat. fie sabar fie. behave sket eh.Die Foundation kat Melaka. Fie tak kenal die ke?

Fiena: Ha? melaka? fie tak penah perasan die pon. (see Akak Fasi mati2 tak sedar pasal budak Ezwan ni)


September 2007

Venue: FOE Foyer, MMU Cyberjaya
Scene: Fiena di luar kelas menunggu masa untuk masuk ke kelas lalu terperasan seseorang di dalam kelas yang akan beliau masuk sebentar lagi. lalu dengan acara gelabah bergilir2 beliau terus bizy membetulkan tudung di balik2 pintu kaca. lalu menunggu dengan penuh debar saat seseorang itu keluar dari kelas. Dengan penuh tertib Fiena berdiri dengan ayu sekali betul2 depan muka pintu kelas agar seseorang itu perasan akan kewujudan beliau.

Taktik Fiena berjaya apabila Ezwan perasan akan kehadiran wanita itu lalu memberi senyuman yang sampai sekarang still ade dalam external hard disk otaknye. Tetapi Fiena sendiri tak tahu perasaan apekah yang sedang menumbuh di dalam hati nye setiap kali terpandang Ezwan. tetapi itu tidak terbawa2 kepada angau. ia hanya belaku setiap kali mereka berdepan.

Dan sejak hari itu, Fiena dan Ezwan selalu bertembung dan membalas senyuman masing2 lalu mentafsir hati sendiri yang tiada berjawapan. (ulasan penulis: terlalu jiwang.)


April 2008

Sinopsis cerita:
Hubungan Fiena dan Ezwan maken rapat seperti hubungan kakak dan adek tanpa ade perasaan terlibat dari pihak Fiena dan sebaliknye dari pihak Ezwan.

Ezwan menidakkan perasaan itu kerana status fiena yang 'in a relationship' ketika itu. Hubungan yang rapat itu terjalin kerana activity silat yang megharuskan perjumpaan yang berlarutan antara mereka dan projek usaha sama mereka dalam pembikinan filem pendek (dalam cerita ni fiena jadi Mak kepada Ezwan. T_T ) sempena Majlis Sanjungan Budi yang di anjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi MMU Cyberjaya setiap tahun.

(http://www.facebook.com/#!/video/video.php?v=382333617917&subj=582668599). video tu ade kat sini. tapi tak tau la boleh tengok ke tak. tak reti la nak amek video dari fesbuk letak sini.

(ok sambung journal balik)
Hubungan Fiena dan 'boyfren ketika itu' sentiasa diduga dengan pelbagi masalah. melihat seperti tiada penghujung Fiena membuat keputusan untuk 'berehat'dari hubungan itu dan mencari jalan. satu malam tanpa meletakkan sebarang harapan dengan hati yang redha dan betul2 mengharapkan petunjuk dari Illahi,
sebelum beliau melandingkan diri atas katil, wanita itu telah melakukan sembahyang istikarah dan berdoa yang berbunyi
" Ya allah, Tuhan sekalian alam, yang maha berkuasa lagi Maha Penyayang, Maha Mengetahui ke atas apa yang mereka tidak ketahui, kau berilah pertunjuk ke atas diri ku. Kau berilah petunjuk ke atas jodoh ku supaya aku tidak lagi di dalam kekusutan. supaya aku tidak lagi mengecewakan sesiapa."

Lalu wanita itu tidor berlapikkan air wudhuk dan dengan seribu keredhaan serta keyakinan terhadap dengan yang Maha Mendegar.

Keajaiban, suratan atau kebetulan. Setelah menceritakan hal ini kepada kawan2 sekeliling pon pasti mereka seperti tidak mempercayai. tapi itu lah hakikat apabila fiena didatangi mimpi2 petunjuk jodoh itu selama 3 bulan, setiap malam, berturut2. mimpi yang bekisarkan pada perkenalan di antara seorang lelaki
dan dirinya, yg pada mulanya jauh lalu makin lame makin dekat dan tercipta satu hubungan. dan yang pasti lelaki itu bukan 'boyfriend ketika itu' tetapi.......

'budak baru lepas SPM, budak junior, budak usrah, budak nerd skema yang xbyk kwn perempuan, budak yang tak reti tackle and kasik ayat manis, budak Sek Datuk Abdul Razak yang sekolah nye 100% lelaki'

MOHD EZWAN ARSHAD.


Jun 2006

Hubungan Ezwan dan Fiena berjalan seperti biasa, seperti kakak dan adek, seperti kawan rapat.

Selepas yakin dengan hati, Fiena membuat keputusan untuk berterus terang. kerana beliau tahu Ezwan takde pengalaman bab tackle menackle wanita kerana sering gugup di hadapan wanita setelah 5tahun bergelumang dengan lelaki di SDAR ketika secondary school nya. One fine day, Fiena merenung Ezwan dan menyoal beliau ape yang ada di dalam hati nya. Ezwan membalas renungan Fiena lalu senyum dan tunduk

Ezwan: Fiena cakap pasal perasaan kan. pasal wan kan?

Fiena tidak terus menjawab tetapi hanya di kepamkan jawapan itu seminggu selepas itu. Ezwan mendesak ingin tahu. dan mungkin tarikh itu telah tertulis,

pada tarikh 26/6/2008 Fiena bisik dengan suara garaunye ke telinga Ezwan, "Orang Sayang Wan". Ezwan senyum dan membalas "Tau".

after a short silent, Ezwan bersuara "Fiena sanggup tunggu Wan tak. Wan tak boleh kawen awal. Wan ade adek beradek kene tanggung. mak ayah kene tanggung. Fiena leh tunggu kawen ngn Wan tak".

Fiena bermonolog di dalam hati : ah sudahhhh terus ajak kawen pe citerr.

Ezwan: kalau Wan bercinta, Wan terus harapkan satu hubungan sampai kawen.


October 2010

venue: dalam kereta
Topik berbual : Memey

Fiena: eleh abg pon bukan macam perampas gak ke dulu

Ezwan: Abg tak rampas syg dari sesape. abg cume tuntut hak abg yang orang laen pernah curik dulu.

(saya teringat ada satu malam dalam kereta, saya pasang lagu maher zain For the Rest of My Life. Ezwan senyap, pandang luar tingkap dan menanges. Saya tau dia sayang saya)
*******************************************************************************

Hari ni hari jadi saya. Ezwan tak pernah gagal dalam misinye mengsurprisekan saya setiap kali 12hb November tiba. Di bawah adalah video ke tiga hadiah dari Ezwan untuk saya. Setiap tahun pon dia akan buat video ni. tapi malam tadi sebelum die surprisekan saya lagi pasal video ni, die besungguh2 mintak maaf kate takde video tahun ni, takde hadiah tahun ni sbb die bz.



Ezwan : Abg happy tengok syg bahagia.


link kepada CST Production.

1 comment:

RohaniHashim said...

hello dear,

jemput join contest di blog roe anjuran ministry of moment. hadiah bernilai RM2,000 (photography package).

sudi2kan lah diri ya? :)

Thanks dear..