macam biasa la kau epin. kau mmg suke nak menang kalau begadoh. aku senyum je aritu. xkan aku nk gado ngn kau time majlis tunang aku. tapi Allah saje buat kau xpakai baju biru. sbb kalau kau pakai baju biru, xdelah point aku nk ckp ngn kau. maybe setakat ckp thanx sbb dtg. tapi sebab kau xpakai baju kaler biru tu lah, jadi memory paling latest antara kau dgn aku. T_T
***
Masa Peanut call aku tgh malam tu. suara die mcm baru lepas nanges. aku tgh tdo time tu. die ckp kau dah takde. aku blur. aku tanye kenapa. Peanut ckp kau eksiden. Meninggal on the spot. kau eksiden sorang2 tgh mlm dkt highway SKVE. kau eksiden dkt selekoh. lepas die letak phone. aku temenung je. aku tak boleh tdo. kau meninggal malam jumaat epin. terus satu persatu memory aku dgn kau keluar kat dalam otak ni.
lepas 2 jam aku baru nk tdo aku dpt msg dari kak ira. msg tu msg inform yg Mohd Fakhrul Ariffin dah meninggal. aku blur lagi. aku buat2 xde ape2. aku sambung tdo. pagi pukul 6.30 Peanut call lagi ajak ziarah kau buat kali terakhir. lepas bagitahu boss aku nk cuti, terus aku besiap. aku jln kaki pegi stesen lrt. aku taknak naek kereta sbb aku takut jem. waktu 8 pagi mmg peak hour. aku taknak terlambat smpai tempat kau.
sampai kawasan rumah kau. kaki aku jadi lemah. hati aku sayu. kwn2 kte sume ade dtg rumah kau epin. zaf ckp "lepas ni aku taknak ade lagi gathering yg mcm ni eh. aku xsuke". ira marah. die kate "kau ingat aku pn suke ke?". sume org xsuke pin. sume org tekejut. sume org x rela lepaskan kau pegi.
masa jenazah kau sampai. ktorang sume menangis. mak kau. aku sedeh sayu tgk mak kau. adek kau. mak kau menangis mintak maaf dkt sume org yg pelok dia. mintak maaf bg pihak kau. adek kau menangis ckp die dah takde abg. adek kau tinggal sorang lepas ni pin. die cume ade kau je adek beradek die. tapi ayah kau tabah. aku xtahan tgk sume tu dpn mata aku. aku menangis. sbb aku lemah.
masa kain dibuka dibahagian muka kau. kami sorang2 pegi tgk kau buat kali terakhir. muka kau bersih. macam tdo. kau nampak tinggi epin. muka kau tenang je. sahli kawan kau dari sekolah menengah xboleh tahan and menangis masa tu. die terus lepak belakang je. tersandar kat pintu. die nampak lemah sangat.
kawan2 kte sume menanges. baek laki baek perempuan. mak kau cium kau byk2 kali. die xsanggup nk lepas kau pergi. masa makcik kau pass kan surat permit kebumi. aku tak boleh tahan tgk ade name kau kat dalam surat tu.
kau beruntung epin, sebab ramai yang ziarah kau. ramai yang sembahyang kan kau. sebab aritu ari jumaat. semua jemaah smbhyg jumaat tu ade mase kau nak disembahyangkan. Peanut ckp dlm kereta bile nampak pakcik2 tu naik motor balik dari smbhyg, "terima kasih pakcik sbb tlg smbhygkan kawan saya".
masa tengok kau dimasukkan dalam keranda. aku rasa mcm mimpi. kau ke dlm tu. smpai aku terpk. eh kenapa letak kau dlm tu. nanti kau lemas. aku lupe pin. kau da xde. T_T. aku tgk je adek kau. adek kau lemah sgt. temenung dan besandar kat ayah kau masa talkin dibaca. imam sebut nama kau. mohd fakhrul ariffin bin siti.
aku ckp kat ira. "klu kau rindu epin pandang la adek die". sebab muke adek kau memang tak tumpah mcm kau. aku jadi rindu bile tgk adek kau.
masa nak balik, aku lemah lagi sekali. mak kau mintak maaf lagi dkt ktorang semua. dia cakap kau ade interview sepatutnye ari jumaat pagi ni. ptg khamis tu kau pegi beli tie dgn ain. kau tak sempat pegi interview tu epin. kau dah tau kan masa kau dah smpai. kau ckp dgn ain kalau kau takde, mesti ain akan rindu kan kau.
kau cakap dengan peanut kau xnk smbung belajar dah. sebab taknak susah kan ayah kau. kau letak status dua bulan yg sudah ckp "selamat tinggal dunia".
Kau dah tahu awal kan epin. awal2 kau dah 'bagitau' ktorang. tapi baru sekarang ktorang paham.
kau baek. kalau status aku yg bengang2. yg sedeh2. kau dtg tanye.
Aman cerita masa dorang dtg tempat kau eksiden, dari jauh tengok jaket kau. dorang kenal jaket kau. tapi body kau dah kene tutup smpai muka. dorang terus lemah. dorang jerit2 name kau. mak kau datang terus rebah. sesak nafas. :(
moga kau tenang kat sane epin.
28 june ni bday kau. mesti ktorang sedeh. mesti punye la. :(
Alfatihah Mohd Fakhrul Ariffin Mohd Adnan
28/6/1986 - 3/6/2011
Severe head injuries.
12.05 am.
** akak yang berani amekkan handphone dlm poket kau, yg baik hati inform parents and kawan2 kau ckp, die sempat ajar kau syahadah di saat akhir kau. kau beruntung epin.moga tempat kau bersama org2 beriman. insyaallah.
6 comments:
Innalillahi wainna ilahi raji'un...
kita doa sama2 agar arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman... Al-Fatihah..
"Sesungguhnya setiap yang hidup akan merasai mati"
Fiena, tabah ya
sedih sgt bc entry ni fiena
al fatihah
alfatihah..
semoga roh dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org yg beriman
Fiena, takziah tau.
Moga roh kawan Fiena ditempatkan bersama mereka yang beriman, amin....
Al-fatihah...menangis baca entry nih...*emo jap*
to all. thanx ye.. T_T
Post a Comment